Sunday, July 6, 2014

No PCOS!! Alhamdulillah


After 2 tahun kahwin baru nak pergi checkup dgn gynea.. rasa dh lambat sgt!
Doc pun bising2.. "Hey patutnya u after 6 months marriage if still takde isi dh patut jumpa gynea taw! 

T_T

ok takpe terlambat tapi still dipanjangkan umur dan digerakkan hati utk berjumpa gynea
tak semestinya jumpa gynea je terus boleh pregnant kan? kan?
"itu semua ketentuan ALLAH taw doc.." 
sekadar mampu melawan hujah doc tadi dgn berbisik dlm hati. hee hee.

Saya diminta utk datang klinik semula utk diambil darah pada D2 dan D21

Alhamdulillah result keluar doc senyum (*______*) 
kamu takde apa2 masalah and lepas ni bawa husband u pula ke lab utk Seminal Analysis 

dub.. dab.. dub.. dab








Monday, June 9, 2014

Shopping online OPK @ Ovulation Strip lagi


Lai.. Lai.. Lai.. OPK.. OPK.. OPK..

now tak shopping online baju dah, asyik shopping online OPK je
OPK batch 2 dah selamat sampai 
punya excited terus gi test pada hal baru CD8
confirm lah -ve! 

saya beli OPK di sini

Ni lah nghupe nye

actually kali ni baru 2nd cycle test OPK ni
1st cycle hari tu baru nak belajar so mmg tersasar habis sbb tak tahu nak guna
hari tak subur saya test so mmg tak dapat lah 2 line (+ve) sampai ke sudah
kali ni insyallah pandai dah, hasil bacaan di google
siap ada diary ok khas utk OPK dan ovulation chart

termometer pun saya beli siap ada ovulation calendar utk catit Basal Body Temperature (BBT) dari situ wujud lah ovulation chart dan tahu hari kesuburan



meh belajar kalau nak tahu hari kesuburan dengan BBT selain test guna OPK


cara nak guna OPK dan termometer ada dalam blog tadi



Tuesday, June 3, 2014

Part 1: Biodex


Banyak dengar orang bercerita tentang Biodex
Kebanyakanya Alhamdulillah menjadi
Antara cerita yg saya dgr dari mulut pengguna Biodex sendiri

Cerita 1 : Abg saya dah berkahwin selama 2 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat. Selepas setahun setengah perkahwinan, kakak ipar saya membuat pembedahan membuang batu karang di dlm perut antara sebab sukar hamil dan segugut kuat. 3 bulan selepas pembedahan, mencuba Biodex dan 2 bulan kemudian disahkan hamil.

Cerita 2 : Jiran kakak saya, Ain dah berkahwin selama 5 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat. Mengalami segugut kuat setiap bulan dan sejak remaja bila masa period hari pertama, tak tahan sgt akan telan sebiji Panadol dgn Air Coke. Mencuba Biodex pada 2011 dan dalam tempoh sebulan pencubaan disahkan hamil dan selamat bersalin normal anak pertama. 5 bulan selepas bersalin ank pertama, disahkan hamil lagi anak ke 2 tapi keguguran 6 minggu mungkin disbbkan rahim belum cukup kuat. Selepas 2 bulan keguguran, disahkan hamil anak ke 3 dan selamat bersalin normal juga.

Cerita 3 : Kawan saya, Wana dah berkahwin selama 3 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat. Masalah kitaran haid terganggu. Tidak dtg haid selama 2-3 bulan adalah normal bagi Wana. Telah mencuba pelbagai kaedah dan mendapatkan rawatan gynea sepanjang tempoh tahun ke 2 perkahwinan. Pada tahun ke 3, berhenti segala rawatan termasuk pengambilan clomid dan cuma mengambil set kesuburan Biodex sahaja. Tidak sampai sebulan mencuba, disahkan hamil. Dalam tempoh setahun selepas bersalin dan masih belum datang haid, disahkan hamil anak ke 2.

Saya pula baru nak mencuba Biodex since bulan lepas. 6 bulan selepas perkahwinan, mmg takde nak try apa2 sbb pernah keguguran dan doktor nasihatkan sekurang-kurangnya 6 bulan berehat utk dapatkan anak dulu utk pulihkan rahim. Selepas setahun keguguran masih tiada tanda utk hamil lagi dan mula risau. Bermulalah saya mencuba bermacam2 produk kesuburan termasuk Shaklee, pati delima, buah zuriat dan bulan lepas baru terasa nak mencuba Biodex atas nasihat ramai orang. Insyallah mana tahu kali ni menjadi dan yg penting usaha! So utk permulaan, saya baru mencuba Susu Igc dan Noni Chewable. Ikutkan kena pergi outlet Biodex dan ada orang yg akan consult, tapi masih belum berkesempatan jadinya belilah apa2 dulu itupun kirim dgn orang. Harapkan si pembeli ni je yg tolong consult.

Insyallah lepas ni akan pergi sendiri beli dan berjumpa dgn perunding Biodex dalam masa terdekat (sbb stok hampir habis!). Kalau rajin nt saya ceritakan dalam part yg lain pasal Biodex.


Period Lambat Datang



Saja nak share kisah penantian kedatangan cik P bulan ni
Actually cik P saya datang bulan ni dalam tempoh cycle paling panjang
39 hari..!!

Pernah baca dan dgr ada orang sampai sebulan, 2 bulan cik P tak datang
Tapi saya baru lambat 10 hari je?? Ngee~
Ye, sangat teruja dalam penantian tu sbb cik P saya regular dan 39 hari tu adalah cycle paling panjang dlm hidup saya taw!

So dapat bayangkan tak apa yg saya bayangkan sepanjang tempoh kelewatan tu??
hehehe..
UPT 3 kali dah buat tapi tak pernah yg +ve pun
Asyik berulang ke ladies utk check cik P dah datang ke??
"Ya Allah.. bagi lah peluang dan rezeki anak kpd ku kali ini"

CD39 nak buat lg UPT 
Before tu berdoa dalam hati.. tunjukkan lah Ya Allah kalau ianya benar2 terjadi
result -ve 

T_T

Mlm tu ok redha cik P selamat keluar dgn lancarnya tanpa sebarang period pain seperti selalu

Terdetik dalam hati, mungkin cik P datang lewat sbb saya baru mencuba Biodex, mungkin hormon saya tgh tunggang langgang

Maaf ye badan!

Semoga usaha saya dipermudahkan dan Insyallah satu masa akan bertemu dgn sesuatu yg bersesuaian dan dgn keizinan dariNYA utk memperoleh zuriat yg kami nantikan ini


Next post akan saya ceritakan macam mana boleh terjebak utk mencuba Biodex


Period Makin Sedikit



Hari ini saya baru CD3 tapi cik P macam dah segan nak keluar

Noticed since 1 year ago

CD1 heavy flow
CD2 medium flow
CD3 - CD5 terlalu sedikit
CD6 kering terus & mandi

Before ni..

CD1 medium flow
CD2 - CD3 heavy flow
CD4 medium flow balik
CD5 terlalu sedikit
CD6 kering terus & mandi

Normal ke..??


Saya share antara perkongsian dari Mr. google

"Jika volume menstruasi anda tiba-tiba berubah menjadi terlalu sedikit, anda tidak perlu panik kerana anda harus memastikan jumlah hari menstruasi. Misalnya, jika anda menstruasi 5 hari dengan volume darah yang banyak, dan tiba-tiba darah menstruasi menjadi sedikit dan masih tetap untuk 5 hari, maka anda masih tergolong normal.

Satu hal yang penting dan perlu wanita ketahui adalah bahawa waktu menstruasi, dan bukannya volume darah. Jadi, jumlah hari menstruasi-lah yang perlu anda perhatikan. Jika dilihat secara medis, maka lamanya menstruasi yang normal adalah selama 3 – 10 hari.

Dan jika volume darah berkurang, maka bisa saja ini dipengaruhi oleh pola hidup yang telah terganggu seperti faktor kelelahan akibat penambahan berat badan, sakit, dan kurang tidur. Dan saat pola hidup normal kembali, maka anda tidak akan mengalami lagi menstruasi sedikit."


Betul ke kalau volume darah berkurang tak perlu risau?
Tapi volume darah bertambah perlu jumpa dan dapatkan nasihat doktor?




Bismillah..


Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang!